
gemukbaru
5 tahun
Berdenyut bahagian tapak kaki
Saya lelaki dan berumur 32 tahun.masalah saya ialah rasa berdenyut di tengah tapak kaki hingga menyukarkan saya untuk berjalan kerana teramat lah sakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Plantar fasciitis
- Sakit di bahagian jari-jari kaki
- Bunion
- Metatarsalgia (inflamasi yang berdekatan dengan tulang-tulang jari kaki)
- Morton’s neuroma (penebalan tisu di sekitar saraf-saraf yang berdekatan dengan bahagian bawah jari kaki, Sangat biasa terjadi dalam kalangan wanita kerana memakai kasut tumit tinggi atau kasut yang ketat)
- Tapak kaki rata
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.