
Sulit
3 tahun
Berdenyut pada vagina,sakit perut sengugut dan kadang kala rasa sakit seperti gastrik
Saya 7/9 period dan skrg haid saya lewat .pada bulan lepas melakukan hubungan intim dan sperma di buang di luar .rasa bedenyut pada bahagian vagina,sakit perut segugut dan kadang kala sakit perut tajam seperti gastrik kerana sebelum ni pernah buat pembedehan membuang appendix

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami anda mengalami haid terlewat untuk bulan ini, pernah melakukan hubungan dengan pasangan anda dan sperma dibuang di luar, rasa bedenyut pada bahagian kemaluan, sakit perut segugut dan kadang kala sakit perut tajam seperti gastrik. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid anda lewat boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kehamilan
- Tekanan emosi, stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Berat badan berlebihan atau berkurang (BMI>25; BMI<18.5)
- Peningkatan atau menurunkan berat badan secara ketara (bersenam berlebihan)
- Sakit puan seperti sista, fibroid, polip dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Kemungkinan kehamilan boleh berlaku sekiranya anda tidak menggunakan sebarang langkah perancangan semasa hubungan intim, walaupun pasangan anda buangkan sperma di luar.
Tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara rasa pedih dan membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit atau pening kepala
- Kerap membuang air kencing
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana (sakit rahim)
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan juga. Namun, gejala kehamilan awal ini bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan.
Untuk mengesahkan status kehamilan, beberapaujian boleh dilakukan seperti berikut:
A) Ujian kencing (UPT)
Hormon hCG dikesan melalui sama ada ujian air kencing atau darah. Ujian air kencing mungkin disediakan di klinik, tetapi ini adalah sama dengan ujian kehamilan di rumah, UPT. Semasa mengambil ujian kehamilan di rumah, baca arahan dengan teliti. Ulangi ujian selepas beberapa hari jika anda mendapat keputusan negatif dan masih tidak mendapat haid anda. Kelebihan terbesar untuk melakukan ujian jenis ini adalah mudah didapati dan murah.
B) Ujian darah
Ujian darah adalah pilihan lain. Hormon hCG boleh diukur di makmal melalui sampel darah. Hasilnya adalah tepat seperti ujian kehamilan di rumah. Perbezaannya ialah hormon hCG boleh dikesan melalui darah dengan lebih mudah, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil. Ujian darah boleh dibuat sebaik sahaja enam hari selepas ovulasi.
Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani periksaan serta penyelidikan berkaitan supaya mengetahui punca penyebab gejala dan haid lewat anda. Kemudian, penjelasan dan rancangan rawatan yang sesuai boleh dibincangkan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).