
Sulit
5 tahun
Berhenti ambil suntikan depo tetapi masih belum period
Saya wanita umur 33 tahun, ada 2 cahayamata, telah mengambil suntikan depo tapi sudah berhenti pada bulan Januari yang lalu, tapi selepas berhenti depo masih tidak period adamant normal? Masa bagi selepas berhenti daripada pengamban depo untuk period kembali berapa lama?adakah saya boleh mengandung?perlu untuk ambil ubat turun darah?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, anda memerlukan lebih kurang 6 bulan ke 18 bulan untuk kembali mendapatkan haid setelah berhenti mengambil suntikan depo. Anda boleh mengandung selepas berhenti mengambil suntikan depo dan setelah anda kembali haid. Tiada keperluan untuk mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.