
Sulit
5 tahun
Berhenti pil perancang darah haid tak tentu
Saya nak tnya. . sy stop pil perancang. . sy dah haid dlm masa seminggu sy haid agi. .haid tak bnyk kluar skali dah xda, esok mcm tuh lagi. . 3 hari mcm tuh. . skrg nie seminggu lagi ada drah haid lagi kluar tpi kali mmg skit je. . knp ya mcm tuh. . ada kah itu normal???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini biasa berlaku selepas seseorang wanita berhenti mengambil pil perancang keluarga.
Kebiasaannya ia mengambil masa 3 bulan selepas anda berhenti mengambil pil tersebut sebelum haid anda kemabali normal.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.