
waniealwie03
4 tahun
Berhenti suntikan perancang kehamilan
Hai doktor…saya ambil suntikan perancang kehamilan…selepas 2 minggu ambil suntikan tu saya period selama 2 minggu,bulan seterusnya juga 2 minggu period…lepas 2 minggu kering darah, saya kembali period dari 25/9 hingga sekarang belum habis…sebenarnya saya cuma ambil 3 bulan pertama sahaja…adakah kesan sampingan dari berhenti suntikan perancang period saya jadi tak stabil.tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kesan suntikan perancang ini sebenarnya berbeza pada setiap orang. Ada yang mengalaminya dan ada yang tak rasa kesan apa-apa.
Namun kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Secara umumnya ia mungkin boleh memberi kesan berikut:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan emosi
- Mengurangkan kepadatan tulang dan kesannya hilang hanya selepas 12-14 minggu selepas tarikh akhir suntikan
Untuk mengenal pasti punca simptom yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.