
Anonymous
5 tahun
Berhubungan di tarikh period
Saya baru berkahwin dan melakukan hubungan dgn suami saya 2 Hari sebelum due date period pda bulan ini dengan rembesan air mani ke dalam faraj. Adakah ia berisiko untuk hamil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Setiap hubungan kelamin tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan. Air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani suami anda telah memasuki faraj anda walaupun suami anda belum ejakulasi atau “pancut”. Selain itu, air mani boleh kekal di permukaan kemaluan suami anda walaupun dia telah ejakulasi. Jika dia memasukkan kemaluannya ke dalam faraj anda selepas ejakulasi, air mani yang mengandungi sperma tetap boleh masuk ke dalam rahim anda. Selagi suami anda tidak memakai kondom atau anda tidak menggunakan sebarang pencegahan kehamilan, maka setiap hubungan kelamin yang tidak berpelindungan berupaya menyebabkan kehamilan kepada anda.
Untuk maklumat lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.