
sinchan4509
5 tahun
Berhubungan pendarahan
saya wanita berusia 21tahun…dan saya sudah berkahwin selama 2 tahun, saya ingin bertanya kepada dokter pakar sakit puan. saya ingin tahu kenapa selepas saya melakukan sexs bersama suami mesti saya keluar darah. ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pendarahan selepas seks adalah tidak normal jika bukan darah haid. Antara sebab-sebab pendarahan berlaku selepas hubungan seks adalah seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- servikal ektropion
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.