
Sulit
4 tahun
Berikat pada tahun 2017
Saya sudah berikat pada tahun 2017 . Adakah mungkin saya boleh hamil lagi ? atau ada procedure untuk buka ikatan . atau ada kemungkinan ikatan terbuka ? Boleh doktor jelaskan lebih lanjut lagi ? sebab saya risau saya hamil luar rahim .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang berikat.
Berikat atau dikenali sebagai tubal ligation mempunyai keberkesanan sebanyak 99%. Hanya 1% dari kalangan wanita yang berikat akan mengandung setiap tahun. Memang terdapat prosedur buka ikatan, namun tiada istilah ikatan terbuka dengan sendiri.
Sekiranya anda meragui kondisi anda, sila berjumpa dengan doktor untuk keterangan lanjut. Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala berikut:
- Pendarahan
- Sakit bahagian rahim
- Demam
- UPT positif
Anda masih risau tentang tubal ligation ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.