
Sulit
4 tahun
Berkaitan dalam vaginal terdapat ketulan
saya wanita berumur 26 tahun serta sudah berumahtangga 5tahun. Saya juga mempunyai anak 2org y bersalin normal. saya ingin bertanya, ketika saya ingin basuh kemaluan, serta saya masukkan jari kedalam dalam lebih kurang 5cm untuk mencuci. saya juga dapat merasa ketulan di dalam bahagian kiri. anggaran besar mcm biji guli. saya tekan2 tapi tidak sakit. cuma rasa kurang selesa. adakah ketulan itu sememangnya sedia ada atau apa ya?

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ketulan dalam faraj boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin , yang terletak pada kawasan berhampiran lubang faraj.
- Ketumbuhan sista pada dinding vagina
- Fordyce spots , iaitu sejenis ketumbuhan sista kelenjar peluh pada kawasan lubang faraj
- Kembungan salur darah pada kawasan vagina atau lubang faraj ( varicosities )
- Kanser vulva atau vagina, terutamanya sekira anda pernah mengalami jankitan ketuat kelamin ( Genital Herpes )
- Ketuat kelamin atau dikenali sebagai Genital herpes . Ia merupakan salah satu jangkitan STD ( Sexual transmitted disease )
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Berdasarkan keterangan anda di atas, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini secara langsung dengan doktor di hospital atau klinik berdekatan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!