
Sulit
4 tahun
Berkaitan jangkitan hiv
Adakah hiv dapat berjangkit jika seorang yang hiv positif melomorkan air mazinya di permukaan luar dubur kita tanpa mengadakan seks anal ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, HIV bermaksud human immunodeficiency virus (HIV). Ia adalah virus yang boleh menyebabkan AIDS jika tidak dirawat. Kebanyakan orang mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik.
Jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Jangkitan HIV tidak boleh merebak dalam air liur, air mata, air kencing dan peluh. Cecair ini mesti bersentuhan dengan lapisan mukosa atau tisu yang rosak atau disuntik terus ke dalam aliran darah (daripada jarum atau jarum suntikan) untuk penyebaran virus HIV berlaku. Lapisan mukosa terdapat di dalam rektum, faraj, zakar, dan mulut.
Sekiranya anda dan pasangan anda tidak pernah bersentuhan dengan cecair di atas atau suntikan jarum, maka anda tidak perlu risau tentang mendapat hiv.
Sekiranya anda mempunyai persoalan yang selanjutnya mengenai HIV, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih