
Sulit
5 tahun
Berkemungkinan adalah Fibroadenoma
Saya wanita berumur 25 tahun. Baru-baru ini saya dapati bahawa dibawah puting payudara saya sebelah kanan terdapat benjolan yang berbentuk. Apakah langkah seterusnya yang perlu saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Cyst / kista
Abses atau nanah
Gumpalan tisu lemak
Kanser payudara
Langkah seterusnya yang harus anda ambil adalah pergi berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan permeriksaan lanjut bagi mengetahui punca benjolan tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.