
Sulit
3 tahun
Berkenaan BSP ibu mengandung
Saya ingin tahu adakah, setiap negeri atau daerah berlainan bacaan BSP nya?
fasting or preprandial: ≤5.3 mmol/L
1-hour postprandial: ≤7.8 mmol/L
2-hour postprandial: ≤6.7 mmol/L
Sekiranya pregnant women, pre breakfast bacaan BSP 4.7…
Manakala selepas itu, puasa 2 jam sebelum bacaan kedua BSP pada jam 12tghr bacaan nya 5.1,
bacaan ketiga BSP pada jam 5ptg bacaan nya 5.4 & bacaan keempat BSP pada jam 9mlm bacaan nya 5.0 adakah BSPnya ok atau tidak?
Saya ingin tahu adakah, setiap negeri atau daerah berlainan bacaan BSP nya?
Kerana dimerahkan bacaan BSP pada jam 5ptg disebabkan katanya lebih 5.3?
Mengikut Kefahaman saya bacaan jika puasa 2jam <6.7mmol L adalah ok.
Mohon pencerahan.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai Blood Sugar Profile (BSP). Bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung bergantung kepada sama ada ketika dia berpuasa atau selepas makan. Berikut merupakan Garis Panduan Klinikal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:
- Sebelum makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 5.3 mmol/L
- 1 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 7.8 mmol/L
- 2 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 6.4 mmol/L
Untuk soalan anda di atas, bacaan melebihi 5.3 adalah tidak berada pada paras normal dan perlu diberi perhatian. Semua pusat kesihatan di Malaysia akan berpandukan garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM, jadi semua negeri dan daerah adalah sama bacaannya.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor