
Sulit
5 tahun
Berkenaan Dengan Penyakit HIV
Saya Lelaki 30an, Saya PLHIV Nak Tanya Saya Ada Masalah Kekurangan Rambut. Adakah Boleh Saya Membuay Rawatan Hair Transplant?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit HIV bermakna anda mempunyai sistem imun tubuh yang rendah. Ini bermakna anda rentan dijangkiti penyakit berjangkit dan boleh memburukkan kondisi anda. Perlu diingatkan bahawa tidak semua pusat hair transplant melakukan proses sterilization yang sempurna. Maka, seandainya meneruskan, anda berisiko untuk terkena jangkitan penyakit. Sebaiknya, anda berbincang dengan pusat perawatan rambut tersebut tentang status kesihatan anda dan adakah pusat tersebut mempunyai kemudahan untuk pelanggan dengan HIV seperti anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.