
Sulit
4 tahun
Berkenaan jangkitan kuman
Hi doc, saya mahu tanya…macam mana ya cara nak mengetahui tentang jangkitan kuman ni…melalui rawatan macam mana untuk mendapat tahu melalui apa? Dan apa simptom-simptom nya ya? Terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk mengetahui sama ada seseorang mempunyai jangkitan kuman ataupun tidak, ujian klinikal atau makmal perlu dilakukan. Terdapat pelbagai cara untuk melihat jangkitan kuman tetapi ia bergantung terhadap pemeriksaan fizikal di mana doktor akan melihat gejala dan tanda seseorang tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sampel yang sesuai.
Antara tanda-tanda seseorang mempunyai jangkitan kuman ialah:
- Lemah atau kelesuan badan
- Demam
- Cirit-birit
- Pening kepala dan mungkin sawan
- Air kencing bercampur darah atau nanah
- Batuk berkahak; berwarna hijau ataupun kekuningan
Namun begitu, tanda-tanda yang disebutkan adalah tidak spesifik dan memerlukan siasatan lebih lanjut. Untuk mengetahui punca sebenar, doktor perlu mengambil sampel untuk melakukan pemeriksaan klinikal atau makmal. Antara sampel yang biasa diambil oleh doktor ialah:
- Darah
- Air kencing
- Najis
- Kahak
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.