
Sulit
4 tahun
Berkenaan pemeriksaan STD melalui ujian darah atau swab yang lebih cepat untuk mendapatkan rawatan
Saya berusia 30 thn dan pernah mengamalkan sex tanpa menggunakan kondom. Simptom yang dialami ialah terdapat keputihan yang banyak dan cuba merujuk dengan doktor sakit puan. Keputihan ada sedikit pengurangan tetapi masih was-was. Perlukah saya pergi ke klinik yang lain untuk memdapatkan rawatan terus melalui ujian darah atau swab

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan penyakit jangkitan kelamin (STD), seperti:
- herpes: herpes boleh mennyebabkan benjolan yang sakit pada bahagian kemaluan
- chlamydia menyebabkan kesakitan waktu kencing, cecair lendir warna kuning atau hijau daripada faraj dan kesakitan pada bahagian abdomen
- sifilis menyebabkan benjolan pada bahagian kemaluan yang tidak sakit
- trichomoniasis akan menyebabkan kepedihan waktu kencing, cecair lendir daripada faraj, kegatalan pada bahagian kemaluan dan selalu ingin kencing
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Ujian darah adalah prosedur yang paling spesifik untuk mengetahui punca penyakit jangkitan kelamin anda. Dengan mengetahui punca doktor akan dapat memberikan rawatan yang spesifik. Anda boleh membuat ujian darah di mana-mana klinik swasta dengan harga yang ditetapkan. Saya nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda masih berpanjangan. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kami. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.