Anonymous
6 tahun
Berkenaan pil perancang
Hai sye yaya,umur 28 tahun ,sye nak tau kalau ambil pil perancang ni perlu berterusan ke?sampai bila?adakah sampai sye bersedia untuk ada anak?sye xpernah ambil mana mana pil perancang sebelom ni…dan mana sye boleh dapat kan pil ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa jenis pil perancang yang boleh anda ambil sama ada progestin sahaja atau gabungan progestin dan estrogen yang dipanggil COCP (Combined Oral Contraceptives Pill). COCP perlu diambil setiap hari dan sebaik-baiknya pada masa yang sama untuk mengekalkan tahap hormon yang dihendaki di dalam badan
Sebagai contoh Pil noriday (pil Progestin sahaja) mengandungi pil hormon untuk 3 minggu dan sesetengah pek disertakan pil untuk minggu ke-4.
Dalam minggu ke-4, anda akan datang haid dan selepas minggu keempat (28 hari), anda akan mula menggunakan pek baru. Mengikut jenama dan kegunaannya, sesetengah pil hormon diambil secara berterusan untuk beberapa bulan.
Jika anda menggunakan jenis ini, anda tidak akan datang haid setiap bulan tapi hanya akan datang haid selepas beberapa bulan.
Sebelum memulakan sebarang kaedah perancang keluarga, saya sarankan anda untuk bertemu dengan doktor untuk membincangkan kaedah yang paling sesuai dan efektif untuk anda.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara privasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































