
Sulit
3 tahun
Berkenaan setubuh jalan belakang
adakah persetubuhan yang dilakukan melalui dubur boleh menyebabkan kehamilan? jika ya, apakan jalan yang perlu dilakukan untuk mencegah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan anda sama ada hubungan seksual melalui dubur boleh menyebabkan kehamilan atau tidak.
Secara teknikalnya, hubungan seksual melalui dubur tidak akan menyebabkan kehamilan berlaku. Tidak terdapat sebarang hubungan atau laluan antara dubur dengan organ pembiakan wanita. Jika sperma dilepaskan melalui dubur, ia masih tidak dapat pergi ke tiub fallopio untuk disenyawakan bersama telur.
Oleh itu, tiada sebarang persenyawaan boleh berlaku antara sperma dan juga telur jika seseorang itu melakukan seks dubur.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.