
Sulit
4 tahun
Berkenaan suntikan depo adakah keberkesanannya dalam tempoh haid..terima kasih atas maklum balas dari pihak dokter
Dokter maaf bertanya…saya baru lepas bersalin pada 22/09…dan darah nifas saya da abis dlm masa 2mggu lebih gitu dan saya tros datang haid…dan saya ambil suntikan depo pada 28/09 haid pada hari ke4…dan hari ni saya baru bersama suami…jadi suntikan depo tu da ada kesan ke? Semasa dalam tempoh haid saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda berkenaan suntikan depo yang anda ambil. Untuk makluman anda, suntikan Depo-Provera mula berfungsi sebagai alat perancang kehamilan sejurus selepas suntikan pertama sekiranya anda mendapatkannya dalam 5 hari pertama haid anda. Fungsi suntikan depo adalah:
- menghalang proses perkembangan telur dalam badan wanita sepanjang proses pengambilan suntikan ini
- suntikan perancang ini akan menyebabkan cecair di bahagian serviks dan faraj meningkat. Hal ini akan menyebabkan kesukaran untuk sperma menembusi cecair yang banyak ini untuk bersatu dengan ovum dan menyebabkan wanita mengandung
- menyebabkan kesukaran bagi ovum yang telah disenyawakan untuk melekat pada dinding rahim justeru dapat mengurangkan kebarangkalian wanita tersebut mengandung
Suntikan Depo adalah 99% berkesan untuk mencegah kehamilan jika anda mendapatkannya setiap 3 bulan, seperti yang diarahkan. Tetapi kerana itu tidak selalu mungkin, keberkesanan khas adalah sekitar 94%. Ini bermakna bagi setiap 100 wanita yang mendapat suntikan, kira-kira 6 akan mengalami kehamilan secara tidak sengaja.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih