Sulit
5 tahun
Berkenaan suntikan depo
Saya ibu kepada 2orang anak, berumur 27 tahun… Sebelum ni saya tidak mengambil perancang keluarga… Saya berhasrat untuk mengambil perancang keluarga jenis suntikan depo. Soalan saya, boleh atau tidak saya mengambil suntikan depo pada hari kedua period? Saya mintak maaf kalau cara penulisan saya agak terabur… Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa waktu terbaik untuk mendapatkan suntikan perancang depo adalah tempoh 7 hari selepas hari haid pertama. Justeru, memandangkan anda baru hari kedua, silakan untuk mendapatkan suntikan perancang depo sekarang.
Untuk info lanjut, klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































