
Sulit
3 tahun
Berlaku keguguran pada awal kehamilan
Hye doktor saya berusia 24 tahun dan baru sahaja keguguran pada 18 may yang lepas. Adakah selepas keguguran kitaran haid itu lambat? Mohon mencerahan doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Pertama sekali, kami mengucapkan takziah atas keguguran yang anda alami. Kami juga memahami bahawa anda inginkan pencerahan berkenaan hubungkaitnya dengan haid yang lambat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, keguguran boleh mempengaruhi kitaran haid seseorang, dimana ia boleh menyebabkan kitaran tidak teratur ataupun lambat. Namun, haid yang lambat setelah keguguran juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Atau, ia boleh disebabkan beberapa perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda. Sila hubungi pihak kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi