
Sulit
5 tahun
Berlaku pendarahan ketika bersama
1 saat
Hi doctor saya wanita berumur 25 tahun belum berkahwin. Minggu lepas ketika saya bersama teman lelaki melakukan hubungan seks saya dapati ada pendarahan berlaku tetapi saya tidak berasa sakit dan pada keesokannya saya dapati ada ketulan darah ketika saya membuang air kecil . Ianya hanya sedikit gatal . Sebelum ini pada bulan lepas ketika selepas pertama kali melakukan hubungan seks saya dapati ada keputihan yang teruk dan berketul dan sangat gatal dan ia hilang selepas haid. Saya tidak mendapatkan apa apa rawatan ketika itu. Saya hanya pergi mendapatkan rawatan pada isnin lepas selepas pendarahan berlaku dan saya telah menggunakan ubat yang dimasukkan kedalam kemaluan. Bagaimanakah saya tahu sekiranya saya sudah sembuh? Kerana selapas haid bulan lepas keputihan saya alami hanya biasa sehingga sekarang. Dan apakah kaedah lain untuk merawat penyakit yang saya alami ? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan selepas melakukan hubungan seksual boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Ektropion (luka) serviks
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
Untuk mengetahui sekiranya anda sudah sembuh, gejala-gejala yang anda alami perlulah hilang dahulu. Sekiranya ia berterusan selepas berhenti ambil ubat, ia berkemungkinan memerlukan rawatan yang sedikit lama atau diagnosis baharu perlu dilakukan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.