
Sulit
4 tahun
Berlaku pendarahan seperti haid selepas makan pil postinor
Hai doc. Sy nk tnya. Bulan lepas sy da period tnggal 22/10. Then sy berhubungan intim dngn suami sy pd tnggal 2/11. Dan makan pil postinor pd hari ketiga. Pd tnggal 10/11. Sy kluar darah seperti haid selama 7 hari. Jd. Sy ingin bertanya ada ka itu darah haid atau pun hamil?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, morning after pill yang sering dikaitkan di Malaysia adalah Postinor-2. Iaitu sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Pil hormon ini akan cuba sedaya upaya merubah kondisi hormon tubuh agar pesenyawaan (baca: fertilization) tidak berlaku dalam rahim.
Namun sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).