
Anonymous
5 tahun
Berlaku pendarahan ‘spotting’ sewaktu bersama
Saya wanita berusia 42 tahun. Baru-baru ini saya mengalami masalah semasa datang bulan. Saya pernah mengalami ovarian cyst dan tiub sebelah kiri telah dibuang kerana telah rosak 2 tahun yang lepas. Saya mempunyai seorang anak berusia 13 tahun dan penah mengalami keguguran sebanyak 5 kali. Period saya sebelum ini tidak bermasalah dan datang tepat pada setiap bulan selama 7-8 hari. Cuma baru-baru ini sebelum tempoh period bermula, selepas bersama suami, terdapat sedikit pendarahan berlaku. Namun ia berhenti dan selepas 2@3 hari baru darah period keluar. Selepas 8 hari, darah berhenti, hari yg ke 10 saya bersama, masih ada darah yg keluar tetapi sedikit dan berlarutan selama 2 hari. Pada hari ke 18 bila bersama semula, masih ada lg sedikit darah yg keluar. Utk makluman doctor, saya tidak mengalami apa2 kesakitan semasa bersama. Pohon penjelasan daripada doktor. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, banyak kemungkinan punca kepada masalah anda antaranya ‘cervical ectropion’, kanser dan sebagainya. Anda jangan gusar, penyebabnya tidak selalunya bahaya dan doktor akan cuba yang terbaik jika rawatan diperlukan. Bagi kes seperti cervical ectropion, selalunya pesakit tidak memerlukan rawatan.
Untuk mengetahui punca sebenara masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.