
syarifahaziun
5 tahun
Berlendir dii bahagian tekak
Saya dah alami sakit ni selama setahun.apabila saya makan terasa ada lendir dibahagian tekak.saya rasa tak selesa…bila mlm mulut dan bibir saya menjadi kering.saya ada buat pemeriksaan tekak doktor kata xde apa.saya ada juga buat pemeriksaan iaitu masuk kamera dlm perut pun ok cuma doktor kata gastrik.doktor bg makan ubat selama 4 minggu.saya tgk xde kesan saya berhenti mkan ubat. Tapi sampai sekarang rasa lendir di tekak x hilang lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami lebih dikenali sebagai ‘post nasal drip’. Masalah ini merupakan satu gejala yang boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti:
- Radang sinus
- Alahan
- ‘Deviated septum’
- Ubat tertentu
- Makanan tertentu seperti makanan yang pedas
- Demam biasa yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan sebagainya
Anda boleh cuba berjumpa pakar ENT untuk mendapatkan pandangan mereka.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.