
azrulfauzi21
5 tahun
Bernafas kurang selesa+ Ketakutan
Saya nk bertanya…saya ade masalah bernafas yg agak xselesa… bila angin kipas terus menerus kemuka,saya akan mula sesak nafas kekadang rasa mcm nk pitam…terkadang terasa juga perasaan takut lagi buatkan dada xselesa.adakah ini tanda2 jantung saya bengkak ataupun masalah jantung? Kekadang kurang selesa bernafas sehingga ke leher.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat lanjut serta pemeriksaan lanjut diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Namun begitu, secara umumnya masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Berikut merupakan gejala lain yang mungkin dialami oleh pesakit yang bermasalah jantung:
Sakit pada bahagian dada selalunya pada bahagian tengah dada atau lebih ke sebelah kiri
Rasa cemas, gelisah, tertekan, dada berasa seperti dihimpit
Sakit pada bahagian badan seperti lengan kiri, dagu atau gigi
Sakit perut
Loya dan muntah
Batuk
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Nasihat saya, sekiranya masalah ini sangat memberi kesan kepada aktiviti harian anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Reply
Bookmark Share Flag Invite Reply
Tracking
You will see a count of new replies because you posted a reply to this topic.