
Anonymous
2 tahun
Berpeluh berlebihan
Ibu saya 43 tahun kerap berpeluh banyak sejak keluar hospital… lepas operation kaki. Jadi saya nak tahu ada cara ke untuk kurangkan peluh tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah jawapan am bagi soalan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, keterangan anda mengenai masalah peluh yang ibu anda hadapi adalah kurang jelas. Biasanya terdapat beberapa punca peluh yang banyak, antaranya:
- Anxiety
- Masalah tiroid terlalu aktif
- Obesiti
- Gout
- Kencing manis
- Sakit jantung
Namun begitu, untuk mengetahui punca masalah ibu anda dan merawatnya, maklumat lanjut adalah diperlukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.