
bkennethparasul
4 tahun
Berpeluh walaupun sejuk , cirit birit dan kurang selera makan
Saya lelaki berumur 24 tahun , sejak kemarin … saya mengalami cirit birit dan berpeluh walaupun dalam keadaan sejuk , saya juga kurang selera makan … saya dalam kategori obesiti , 140kg …

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Secara umumnya cirit birit dan berpeluh walaupun dalam keadaan yang sejuk berkemungkinan terkait rapat dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).