Sulit
3 tahun
Berpuasa ketika hamil 14 minggu dan perut mengeras
Saya berpuasa ketika kehamilan 14 minggu hari pertama berpuasa pada waktu pagi selepas menggosok gigi saya berasa loya dan ingin muntah tapi saya teruskn berpuasa apabila berbuka pada malam hari selepas makan saya muntah tetapi badan masih cergas. Hari kedua situasi sama pada waktu pagi loya dan ingin muntah dan teruskan berpuasa tanpa muntah selepas berbuka. Pada hari ketiga berpuasa selepas pukul 10 pagi perut mengeras hanya seketika. Adakah saya boleh teruskan berpuasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, berpuasa semasa mengandung memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Bantuan kami di forum ini adalah terhad kerana anda perlu diperiksa secara fizikal dan klinikal untuk mengetahui sama ada anda boleh meneruskan puasa ataupun tidak. Selain itu, maklumat lanjut mengenai kehamilan anda perlu diketahui juga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan seterusnya berbincang dengan doktor mengenai masalah yang dialami oleh anda.
Antara gejala sampingan mengandung ialah:
- Sakit perut
- Muntah-muntah
- Loya
- Sakit pinggang
- Letih
- Pening kepala/ sakit kepala
- Lenguh kaki
- Perut berangin
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua mengenai berpuasa semasa sedang mengandung, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.