Sulit
3 tahun
Berpusing dan loya simtom apa?
saya mengalami pusing kepala dan loya beberapa hari ini. apakah sakit yang saya alami
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pening kepala dan loya. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala pening dan loya yang sedang and alami boleh merujuk kepada satu sakit ataupun merupakan sakit yang berbeza. Simptom pening pula boleh menyebabkan sesorang muntah ataupun loya. Antara beberapa punca yang menyebabkan pening adalah seperti berikut:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- Migrain
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Kami menyarankan agar anda mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor supaya masalah ini dapat ditangani.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





























