
Rnah89
5 tahun
Bersalin cara pembedahan
Sy telah bersalin cara pembedahan.Boleh ka saya makan spirulina ni dengan menyusukan anak sekali?? Tolong bagi penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, spirulina adalah merupakan produk tradisional yang belum diketahui jelas interaksinya dengan tubuh wanita nifas ataupun tentang kuantiti produk yang akan masuk ke dalam air susu ibu. Justeru, sukar untuk diberikan kata putus apakah boleh digunakan produk ini pada ibu yang breastfeeding.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.