
Sulit
4 tahun
‘Bersama’ dan tidak pasti sekiranya dipancut luar mahupun terlepas didalam
Hi, saya dan suami tidak pasti sekiranya sewaktu bersama suami telah melepaskan luar atau dalam kerana saya tidak merasakan apa apa dan air mani hanya mengalir diluar dan kami tidak pasti jika ada yang didalam. Umur saya 25 dan saya ingin tahu sekiranya perlu atau tidak untuk ambil Plan B?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda melakukan seks tanpa perlindungan dan belum bersedia untuk kehamilan, saya sarankan anda untuk mengambil pil perancangan kecemasan walaupun tidak pasti jika anda pancut atau dalam.
Terdapat beberapa pil perancang kecemasan yang anda boleh ambil dan boleh diambil selepas beberapa jam atau hari selepas melakukan hubungan seks.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.