
Anonymous
6 tahun
Bersama dengan suami pada hari ke 90 selepas bersalin
Saya baru selepas melahirkan dan saya berumur 29 tahun … dan bayi saya berusia 90 hari… di sini saya agak malu untuk bertanya tentang masalah ini di klinik… darah nifas saya sudah tiada, tapi disini saya tidak pantang bersama suami selama 100 hari, saya telah bersama suami pada hari ke 89, adakah normal doktor saat bersama dengan suami kluar darah pada rahim, dan tidak sakit semasa melakukan hubungan bersama suami…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan puan, terdapat beberapa kemungkianan punca spotting selepas seks, antaranya:
Faraj kering “vaginal dryness”
Kurang pelincir ketika seks
Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Cervical ectropion
Memandangkan puan telah 2 bulan bersalin, terdapat kemungkinan luka puan masih belum sembuh sepenuhnya dan menyebabkan luka kecil.
Sila rujuk kepada doktor jika pendarahan semakin banyak atau terdapat gejala lain seperti keluar nanah atau faraj berbau. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!