
Sulit
4 tahun
Bersama ketika darah coklat (haid) masih ada
Saya wanita yang berumur 24 tahun , saya bertanya . Jikaaa saya bersama dengan suami ketikaa dipenghujung haid ketika semasa darah coklat masih adaa dan selepas bersama keluar darah bersama lendir air mani dari faraj saya, adakah ia membahaya ? Saya tak pasti sama ada darah yang keluar tu haid atau luka disebabkan bersama . adakah ada kesan sampingan ye doc ? Mohon diperjelaskan . Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, anda tidak dinasihatkan untuk melakukan hubungan seksual semasa tempoh haid kerana isu kebersihan dan pencegahan daripada sebarang jangkitan kuman.
Bagaimanapun, untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
- darah haid
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi serta kesan sampingannya, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.