Sulit
5 tahun
Bersama selepas 1 minggu
Saya terlah memasukan alat sulit saya pada dia dan tidak pun mengeluarkan sperm pada dalam tpi hanya di luar. Adakah peratus kehamilan akan terjadi? Sudah seminggu saya berfikir cara untuk mencegahnya tetapi tidak tahu bagaimana. Tolong bagi pencerahan bagaimana untuk mencegah hamil doc, selepas seminggu bersama. Saya risau minggu kedua akan terjadi simptom2 hamil pada dia.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat 4% risiko kehamilan melalui pancutan zakar diluar faraj. Memandangkan, sudah seminggu berlalu, tiada alternatif bagi mengelakkan kehamilan kerana kebiasaannya pil perancang kecemasan hanya boleh diambil selewat-lewatnya 72 jam selepas hubungan seksual.
Namun, untuk masa hadapan jika anda dan pasangan ingin mencegah kehamilan, terdapat pelbagai alternatif. Antaranya:
- pil hormon 21/28 hari
- suntikan depo
- implanon
- alat perancang kehamilan di rahim
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































