
noorulyaa
5 tahun
Bersama setelah suntikan depo
Hi. Saya nak tanya lepas suntikan depo (perancang) berapa lama saya perlu stop aktiviti bersama dgn suami? Nurse KK kata seminggu kena stop sbb ubat belum sepenuhnya efektif dan kemungkinan boleh mengandung. Betul ke doktor? Bukan ke kesan suntikan depo ni serta merta dan kalau nak hamil kembali pun ambil masa yg lama hingga berbulan2? Tq…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang kebimbangan yang dihadapi. Untuk makluman puan, anda akan dilindungi daripada kehamilan sebaik sahaja kedatangan haid selepas suntikan perancang. Perlindungan ini akan bertahan selama 12 minggu sehingga suntikan yang baru. Anda juga disarankan untuk menggunakan cara perancang yang lain seperti menggunakan kondom dalam minggu yang pertama selepas suntikan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.