aniezaki2303
6 tahun
Bersama suami selepas 1@2 hari habis period
Saya bersama suami selepas habis period, tetapi selepas bersama suami saya mengalami keluar darah merah kemudian menyusul darah berwarna hitam kemudian habis keluar darah tersebut Selama 4 ke 5 hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan haid anda masih belum habis dan pendarahan kembali banyak selepas bersama suami walaupun telah berhenti pada awalnya. Selain itu, pendarhan selepas hubungan seksual boleh disebabkan oleh struktur sel pada cerviks yang dinamakan cervical ectropion. Namun pendarahan ini biasanya sedikit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

































