Sulit
4 tahun
Bersama terasa sakit
Sy wanita umur35tahun… Kenapa bila bersama sy terasa sakit mcm luka sekali rasa bahang panas kat bhgian kemaluan apabila suami keluar masuk zakar dia… Padahal sebelum2 ni x pnah pun sakit dan rasa bahang panas camtu bila bersama… Mohon pncerahan ye doc…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kesakitan sewaktu hubungan kelamin boleh disebabkan:
- Kurang pelincir dan faraj kering
- Penggunaan ubat sapuan pada zakar suami
- Jangkitan kulat kandida pada faraj
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.