
Sulit
4 tahun
Bersetubuh selepas gugur
Isteri saya baru sahaja gugur kandungan lingkungan 1bulan lebih.pertanyaan saya boleh ke tidak saya melakukan persetubuhan dengan isteri saya selepas gugur

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh melakukan hubungan seks dengan isteri anda apabila dia sudah bersedia. Secara amnya, anda boleh melakukan hubungan seks 2 minggu selepas keguguran namun menurut pakar, anda perlu tunggu sehingga pendarahan daripada faraj sudah selesai kerana ia mengurangkan risiko untuk isteri anda dijangkiti bakteria.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah