
Sulit
4 tahun
Bersih kan air kencing dengan cepat dari syabu dan cara hilang kan ketagihan syabu
Saya lelaki dalam umur 23 tahun saya mahu clear urine saya dengan serta merta kalau ada cara nye saya nak tahu sangat dan saya nak tahu cara untuk hilang kan ketagihan benda ni macam mana saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak saya baru keluar penjara tahun lepas dan saya ingin mengubah hidup saya …saya nak jadi yang terbaik untuk isteri dan anak saya …saya tak nak hidup saya rosak lagi dan keluarga saya susah di sebab kan saya …saya mintak sangat pencerahan doctor dan nak sangat doctor bantu saya dalam masalah saya ni emm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan salam satu malaysia. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pengambilan shabu adalah dilarang disisi undang-undang dan juga boleh membahayakan kesihatan am anda. Kami nasihatkan anda agar menghentikan pengambilan shabu dengan mengambil rawatan rehabilitasi dan juga mendapatkan kaunseling.
Terdapat tiada cara untuk mempercepatkan penapisan bahan shabu dalam badan (darah dan melalui air kencing). Namun, anda boleh mencuba untuk tunggu selama 3/4 hari sehingga dadah tersebut hilang dalam sistem badan secara kesuluruhan dan juga pada masa yang sama, berhenti mengambil bahan tersebut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.