
Sulit
4 tahun
Bersin, gatal, rashes
Saya pelajar perempuan berusia 21 tahun. Sebelum ini saya tiada alergik hanya resdung dan alahan biasa terhadap habuk dan debu. Namun sejak setahun dua, saya mengalami simptom alergik yang teruk seperti kulit berbiji-biji, gatal muka dan mata, bersin dan sakit hidung serta gatal dan bengkak bibir sekiranya saya makan makanan seperti udang, sotong, ayam . Keropok lekor, ikan kembung, sos ikan. Boleh saya tahu apa faktor yang menyebabkan saya develop alergik? Adakah cure untuk merawatnya? Perlukah saya dapatkan certain ubat atau suntikan? Harap sudi membantu, terima kasih.
Ps:saya tidak pernah consult dengan doktor, saya mendapat refer letter dari klinik kerajaan ke pusat perubatan usm, tetapi terbantut kerana kosnya yang mahal. Saya juga tidak akan ambil sebarang ubat tanpa consultation selain dari ubat selsema dan ubat sapu atau cream keatas kulit berbiji dengan kandungan seperti triamcinolone acetone acetate, miconazole nitrate, neomycin sulfate dan calamine lotion. Adakah ia membantu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut mengenai gejala yang dialami. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada reaksi alahan:
- Genetik
- Pemakanan seperti telur, udang dan kacang
- Debu atau partikel halus di dalam udara
- Bahan kimia yang terdapat di dalam sabun atau pencuci muka
- Gigitan atau sengatan serangga
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Kami tidak galakkan anda untuk menggunakan produk penjagaan muka atau krim yang mengandungi ubat-ubatan tanpa berjumpa dengan doktor dahulu kerana punca reaksi alahan anda perlu diketahui dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.