
Sulit
5 tahun
Bersin sehingga selesema, pening, nafas terasa panas & badan terasa berhaba
saya wanita berusia 22 tahun. saya baru saja melakukan penerbangan dalam negeri (domestik) pada selasa minggu lepas. dalam beberapa hari ni. saya asyik mengalami pening kepala dan nafas terasa panas. badan pun terasa berhaba tapi tak demam. ada dalam 4 hari dah. hari ini, saya asyik bersin sehingga selesema. saya sudah menjalankan ujian online tersebut, namun ia mengatakan minimal sahaja.

5 tahun
Salam sejahtera
Sakit tekak dan batuk boleh berpunca daripada:
- Jangkitan kuman atau virus pada organ
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Jangkitan paru-paru
Disamping itu, berikut merupakan gejala lazim yang dilporkan dalam individu yang terkena jangkitan coronavirus:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan ujian risiko anda dikelaskan sebagai minima dan oleh itu, anda hanya perlu untuk memerhatikan simptom anda jika terdapat pertambahan simptom lain ataupun keadaan anda semakin merosot.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini