Sulit
3 tahun
Bertanya berkaitan Jangkitan HIV
Assalamualaikum doc… Sy nak tnya… Bengkak bawah dagu yang kurang sakit (tidak demam) dan sakit otot boleh disebabkan penyakit lain x… Ke ianya hanya untuk virus hiv sahajw… Sbb sy ada penyakit anxiety disorder stres yang terlampau… Skrang ni sy mengalami stres…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bengkak bawah dagu ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kebengkakan kelenjar tiroid
- Kebengkakan getah bening (lymph node)
- Keradangan leher
Simptom atau tanda bagi masalah HIV tidak spesifik dan boleh bermanifestasi dala pelbagai bentuk sakit. Anda digalakkan untuk melakukan ujian pemeriksaan HIV.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.