
deqhaiku
5 tahun
Berurut selepas pembedahan ektopik
saya telah membuat pembedahan laparoscopy di tiub fallopio kiri pada 3/6/19 yang lepas. sekarang saya dalam tempoh cuti berpantang selama 2 minggu.
soalan saya, adakah saya dibolehkan berurut seperti orang berpantang bersalin itu selepas membuat pembedahan ektopik ini? adakah sebarang kesan sampingan berbahaya akan terjadi pada area pembedahan saya itu jika saya berurut jugak?
perlukah saya berurut betulkan rahim semula doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,anda dinasihatkan untuk tidak berurut,hal ini kerana ia mungkin memberi kesan kepada tempat pembedahan anda.
Anda juga amat disarankan untuk merujuk kepada seorang doktor/pakar Obstetrik& Ginekologi ataupun boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih