
Sulit
3 tahun
Berwajah tua,umur muda
Saya lelaki berumur 29 pada tahun baru ini…saya mempunyai masalah wajah kelihatan tua dari sejak sekolah menengah lagi…dan sekarang wajah saya berumur seakan hujung 40an-50an…rambut pula mulai gugur pada usia 28…apakah masalah saya ini dapat dirawat?saya masih belum berkahwin,kerana orang anggap saya suami orang@orang tua…terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah raut wajah yang kelihatan lebih tua daripada umur anda. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, perkara ini boleh terjadi bergantung kepada beberapa perkara, antaranya adalah:
- Faktor genetik
- Amalan gaya hidup kurang sihat
- Terdedah kepada cahaya matahari berlebihan
- Tidak melakukan rutin penjagaan muka
- Pemakanan yang tidak sihat
- Merokok
- Tekanan emosi
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk maklumat yang lebih spesifik serta rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.