
Sulit
5 tahun
Betaine HCl bagus untuk gastritis ke?
Hi doctor. Gastric pain saya puasa kalini terasa teruk. Kemarin saya pergi ke farmasi untuk mendapatkan antacid. Tetapi, staf di situ syorkan saya untuk mengambil supplement yang mengandungi Betaine HCl. Dia claim supplement ni untuk rawat perut saya. Persoalannya doctor, adakah betaine HCl ni bagus untuk gastrik? Bukankah gastrik disebabkan acid dalam perut? Betaine HCl fungsi untuk tambah ac8d dalam perut kan? Bukan lagi teruk ke nanti?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Betaine HCL digunakan untuk merawat kondisi berikut:
- Kekurangan potassium
- Anemia
- Asma
- Alahan
- Cirit-birit
Kedan sampingan pengambilan ubat ini ialah:
- Tidak disarankan bagi ibu mengandung
- Ulser perut
Kami tidak boleh mengulas sebab kenapa anda diberikan ubat ini kerana tidak mengetahui sejarah sakit anda secara terperinci. Untuk persoalan yang lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.