
Sulit
4 tahun
Betis lenguh… rasa nak demam n kaki sejuk
Semenjak berapa hari ni saya mengalami rasa nak demam jer, kekadang rasa sejuk terutamanya kaki… betis terasa lenguh2… bahagian atas perut terasa panas2… boleh doktor terangkan keaadaan saya ni… sy dah test swab covid 5hb, alhamdulillah smpi sekarang pihak kesihatan tak menghubungi sy…doktor dah bagi tahu kalau dlm seminggu sy taknd hubungi bermakna negatiflah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, jangkitan COVID-19 pada biasanya akan menyebabkan simptom-simptom pernafasan seperti sesak nafas, batuk, dan selesma. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa perkara ini tidak berkait dengan jangkitan tersebut.
Mengenai masalah kelenguhan dan demam ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor am seperti:
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan tekanan emosi
- Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak berkhasiat.
- Dehidrasi
- Berat badan tidak seimbang.
- Masalah penghadaman
- Jangkitan kuman pada darah (Septicemia)
- Masalah kurang aliran darah ataupun kurang sel darah merah (Anemia)
- Masalah ketidakseimbangan hormon
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengetahui lebih lanjut dari doktor yang berdekatan dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!