
muhdsyaaban786
5 tahun
Betul ke hiv boleh rawat?
Betul ke hiv boleh di rawat dengan rawatan traditional. Adakah benda itu boleh dipercayai?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, rawatan untuk penyakit HIV menggunakan rawatan tradisional tidak diketahui lagi akan keberkesanannya. Namun begitu, rawatan moden bagi penyakit yang disebabkan virus ini telah terbukti memberansangkan kerana bagi pesakit HIV, sekiranya mengambil ubat awal dan berterusan boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa. Kematian pada umur muda akibat penyakit ini juga berkurangan dengan pengambilan ubat-ubatan anti-virus HIV. Sekiranya anda mempunyai soalan sulit berkenaan masalah kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah tersebut dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.