
Sulit
3 tahun
Beza Isotretinoin IP dan usp
Hi i before this ambik isotretinoin Ip, but now i ambik Isotretinoin usp , boleh i tahu apa beza ip and usp ? tapi saya masih ambik 10mg . cuma beza nya usp dan ip .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, I.P. bermaksud Indian Pharmacopoeia dan USP bermaksud United States Pharmacopoeia. Pharmacopoeia ini adalah untuk memberikan spesifikasi kualiti untuk bahan ubat dan keperluan am untuk dos ubat tersebut.
Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat informasi yang lebih tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.