
Sulit
4 tahun
Bhgian dlm Rusuk kanan bhgian beh rsa sakit
Saya pelajar sekolah menengah perempuan umur 17 tahun . sejak minggu ni bhgian rusuk kanan saya rasa sakit sgat . tapi rasa sakitnya di bhgian dlm . kadang² rasa sakit dkt dada kiri pun ada . rasa sakit tu bukan rasa lenguh² tpi mcm skit kt dlm . saya sejak menjak ni pun mcm sush nk tidur . kdg² nak tidur tu rasa sesak , hidung mcm tk boleh bernafas betul² . kdg² hmpir setiap hari tekak pun akan rasa gatal bila wktu tengahari/petg/panas smpai btuk².

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh membuatkan anda mengalami masalah sedemikian:
- Radang tulang rusuk atau selaput dada (costochondritis)
- Jangkitan paru-paru
- Radang payudara (mastitis)
- Psikologi: Kemurungan atau anxiety
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah ini. Pemeriksaan lanjut oleh doktor dan siasatan haruslah dibuat untuk mencari puncanya dan rawatan akan diberikan sekiranya perlu. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor agar masalah anda dapat diselesaikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.