Sulit
3 tahun
Bibir anak pecah dan berdarah
saya ibu kepada bayi perempun berusia 1 tahun 3 bulan. semalam anak saya jatuh tersembam ketika dia merangkak. bibir atas nya pecah dan berdarah. setelah lap dan cuci, darah berhenti. bibir anak saya bengkak. Apa yang boleh saya lakukan untuk redakan bengkak di bibir anak saya? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Antara cara untuk menghentikan pendarahan luka dan kurankan bengkak adalah
- Tekan kawasan tersebut dengan tisu bersih buat seketika
- Balut luka dengan sedikit tekanan
- Letakkan ais yang dialas dengan kain pada bahagian luka
- Kurangkan pergerakan pada kawasan luka
Sekiranya pendarahan masih berlaku tanpa henti, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.